Telah sampai kita semua ke penghujung bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita telah dapat mengusahakan ibadah yang sebaik mungkin untuk mendapatkan tingkatan Taqwa disisi Allah swt.
Ramai dikalangan kita sedang menunggu pengumuman rasmi bila jatuhnya 1hb Syawal 1431H. Saperti biasa rukyat akan dibuat di 29 tempat rasmi diseluruh negara untuk cerapan hilal bulan Syawal. Ini akan dilakukan pada petang Rabu 8hb September bersamaan 29hb Ramadan.
Perkiraan untuk Tanjung Cincin di Pulau Langkawi, tempat yang paling Barat kawasan Malaysia ialah saperti berikut:
Ijtimak ( Conjunction) Bulan dengan Suria adalah pada 18:30 petang.
Posiisi Bulan mengikut kiraan tidak memenuhi kriteria Imkannurukyat ( kemungkinan di rukyat hilal).
Maka bulan Ramadan akan digenapkan kepada 30 hari dan insha Allah 1hb Syawal akan bermula pada 10hb September hari Jumaat.
Yang Di Petua Persatuan Falak Syar'i Malaysiadan seluruh AJK Persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut Eid Ul Fitr, Minnal Aideen walFaizeen kepada semua Ahli Persatuan dan peminat Falak diseluruh Dunia.
Bagi mereka yang berminat boleh buat cerapan_bulan_sabit_tua Bulan Sabit tua Ramadhan 1431 pada pagi 8 Sept. 2010.
Baharrudin Zainal
Kaedah lihat kedudukan, cahaya sebahagian hilal syarat asas tentukan Syawal SETIAP kali hadirnya dua bulan penting dalam kalendar Islam iaitu Ramadan dan Syawal, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menjadi individu paling popular untuk mendengar pengumuman permulaan puasa dan hari raya. Lazimnya, kita hanya menunggu di depan televisyen bagi mengetahuinya tanpa mengambil tahu pendekatan menetapkan tarikh itu. Persoalanya, bagaimanakah tarikh itu diputuskan? Apakah alasan di sebalik perbezaan kaedah yang digunapakai negara Islam bagi menentukan tarikh penting ini?
Pertemuan dengan Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, Dr Kassim Bahali, baru-baru ini merungkaikan banyak persoalan berkaitan. Di Malaysia, kaedah yang digunakan adalah Rukyah dan Hisab atau dalam bahasa Melayunya mencerap dan mengira. Rukyah, menurut Dr Kassim, sebagai mematuhi Sunnah Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kami kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari."
Dr Kassim Bahali sedang menyiapkan peralatan untuk cerapan.