Persatuan
Lawatan & Mesyuarat
KUNJUNG HORMAT KE MENTERI BESAR DAN MUFTI NEGERI KELANTAN
| KUNJUNG HORMAT KE MENTERI BESAR DAN MUFTI NEGERI KELANTAN |
| Written by Wan Johan Wan Abdullah | |
| Thursday, 04 March 2010 | |
|
Kota Bharu: 21 Februari 2010
Satu rombongan PFSM telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 7 Rabiulawal 1431/21 Februari 2010 jam 12.00 tengahari dipejabatnya di Kota Bharu, Kelantan. Rombongan PFSM dianggotai oleh Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, YDP; Tuan Hj. Mohd Noor bin Mohd Yusof, Naib YDP; Dr. (H) Hj. Kassim bin Bahali, Setiausaha; Dr. Mahamarowi bin Omar, AJK dan juga Pengerusi Wakalah Negeri Kelantan; Tuan Hj Ibnor Azli bin Ibrahim, AJK; En. Abdul Rahonny bin Mohd Yusof, AJK; En Wan Johan, SU Kerja dan beberapa Ahli PFSM dari Kelantan. Rombongan diterima dengan begitu baik dan mesra oleh Tuan Guru. Didalam pertemuan lebih kurang 45 minit, YDP Persatuan memaklumkan mengenai sejarah penubuhan serta aktiviti-aktiviti Persatuan. Beberapa isu berkaitan falak telah dibincang demi kepentingan Persatuan dan juga Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah cadangan PFSM supaya satu Balai Cerap dibina di Negeri Kelantan. Tuan Guru telah memberi respon yang amat positif keatas isu-isu berkenaan.
Tuan Guru telah menceritakan mengenai minat beliau terhadap ilmu falak, yang perlu beliau belajar ketika menuntut di Pakistan. Beliau amat berminat dengan cadangan Persatuan untuk pembinaan Jam Suria di sekitar Bandar di Kelantan yang boleh berfungsi sebagai mercu tanda dan juga memberikan maklumat waktu, waktu solat dan arah Qiblat.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, rombongan PFSM telah membuat kunjungan hormat kepada Sahibus Samahah Mufti Kelantan, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, di pejabat rasmi Mufti Kelantan. Rombongan PFSM disambut oleh Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, kerana Mufti sedang berada di India atas urusan rasmi. YDP telah memberi taklimat ringkas mengenai sejarah dan perjalanan Persatuan. Dalam ucapan balasnya, Timbalan Mufti Kelantan menyampaikan salam maaf Mufti dan mengucapkan terima kasih atas kesudian PFSM membuat kunjungan rasmi. Beliau mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama antara PFSM dengan Pejabat Mufti dan memberi komitmen untuk menyediakan medium dakwah ilmu falak di Negeri Kelantan. Beliau juga menyambut baik cadangan PFSM agar diwujudkan Kompleks Falak (balai cerap) yang juga boleh dijadikan destinasi pelancongan negeri.
Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh, telah meminta PFSM untuk merancangkan satu seminar untuk menerangkan konsep, keperluan dan kegunaan Balai Cerap, yang boleh dianjurkan bersama dengan Jabatan Mufti Negeri.
Kunjungan ini merupakan salah satu daripada Pelan Strategi 5 Tahun PFSM dalam usaha Persatuan untuk menjalin dan mengukuhkan hubungan dengan insititusi agama, terutamanya dengan Pejabat Menteri Besar, Mufti Negeri, JAKIM, Pejabat Agama Negeri dan pihak pengurusan agama yang lain. |
|
| Last Updated ( Friday, 26 March 2010 ) |
|
|
| Latest News |
|---|
|
|
|
||||||||||||||
|
| Replica Astrolabe |
|---|
|
| Archive |
|---|
| Your location |
|---|