User Login
News Feed
Astronomy.com - News
The latest news and stories from Astronomy Magazine
New Hubble observations of Supernova 1987A reveal composition of "star guts" pouring out

Spitzer finds a flavorful mix of asteroids

NASA selects investigations for first mission to encounter the Sun

Recipe for water: just add starlight

ESO brings starburst galaxy into focus

NASA Image of the Day
The latest NASA "Image of the Day" image.
Earl and Fiona

NASA Breaking News
A RSS news feed containing the latest NASA news articles and press releases.
NASA Sets Briefing About Assistance To Trapped Miners In Chile

Space Station Crew Talks With Students At Florida Science Center

NASA Selects Investigations for First Mission to Encounter the Sun

NASA Invites Media To Experience Future Of Human Space Exploration

NASA, Newseum Invite Media To Discover And Encounter Comets

Total Visitors
Muslim Kampuchea
muslimkampuchea
Virtual Quran
quransmall
Home

Marikh Hampir Dengan Bumi
Written by Syed Kamarulzaman   
Thursday, 28 January 2010

Pada 28 Januari 2010 planet Marikh akan berada hampir dengan Bumi.  Marikh planet yang berjiran dengan Bumi merupakan planet yang keempat dari Matahari.  Planet ini dikenali juga sebagai planet merah kerana permukaannya berwarna merah. Planet ini  terbit di ufuk timur   pada 7.31 malam  dan selepas jam 9.00 malam adalah sesuai untuk dilihat kerana ia berada pada altitud lebih dari 20 darjah dari ufuk. Planet ini kelihatan  seperti satu bintang yang terang berwarna kemerahan.  Ia merupakan objek di langit cerah pada bulan ini. Kecerahannya hampir menyamai bintang Sirius iaitu bintang yang paling cerah.

Planet ini berada hampir dengan Bumi ketika istiqbal. Istiqbal Marikh  ialah kedudukan Marikh dan Bumi berada dalam keadaan bertentangan dengan Matahari dalam sebaris.  Bumi terletak di tengah antara Marikh dan Matahari.   Ketika Istiqbal Marikh akan kelihatan lebih cerah dan lebih besar. Tempoh Marikh mengorbit Matahari ialah 687 hari  manakala Bumi ialah 365 hari. Ini bermakna Bumi mengorbit dua kali lebih sedikit menyamai satu kali  Marikh mengorbit Matahari. Oleh itu  Bumi dan Marikh dalam tempoh dua tahun dua bulan atau 780 hari akan berada hampir. Istiqbal yang pernah berlaku sebelum ini ialah pada tahun 2003, 2005 dan 2007. Tahun 2003 adalah jarak Marikh paling hampir dengan Bumi pada jarak 56 juta kilometer.

Istiqbal kali ini Marikh berada pada jarak 99 juta kilometer dari Bumi, jarak kali ini lebih besar dari tahun 2003. Istiqbal ini akan berlaku pada  18:54 (UT), 29 Januari 2010  atau waktu tempatan 02:54 , 30 Januari 2010. Oleh kerana orbit Marikh ini mempunyai nilai eliptik yang tinggi secara relatif menyebabkan tarikh Istiqbal tidak sama dengan tarikh ia paling hampir dengan Bumi. Marikh paling hampir dengan Bumi ialah pada 3:48 (UT) 28 Januari 2010 atau waktu tempatan  11:48, 28 Januari 2010. Istiqbal yang akan datang akan berlaku pada 3 Mac 2012.

Pada 28 Januari, jam 10 malam planet Marikh boleh dilihat tinggi di langit timur dalam buruj Cancer dan tidak jauh dari Bulan yang hampir purnama. Ia kelihatan sangat terang seperti bintang berwarna kemerahan. Dengan menggunakan teleskop bersaiz kecil atau sederhana kita boleh melihat permukaannya.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan melakukan cerapan pada 28 Januari 2010 bermula jam 9 malam hingga 11 malam. Cerapan ini terbuka kepada orang ramai. Teleskop akan disediakan untuk cerapan pada malam tersebut.

marikh
Last Updated ( Tuesday, 23 February 2010 )

Latest News
Kuala Lumpur

28 Ramadhan 1431
Subuh 5:50 AM
Syuruk7:06 AM
Zohor 1:15 PM
Asar 4:19 PM
Maghrib 7:16 PM
Isyak8:26 PM

The Other Phase Of The MOON: Visit the project’s site
"New"
The Moon is "New"
Replica Astrolabe
astro.jpg
Archive
Your location