Persatuan
Lawatan & Mesyuarat
MUKTAMAR SANAWI KE 15 PFSM
| MUKTAMAR SANAWI KE 15 PFSM |
| Written by Wan Haziq Wan Johan | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Tuesday, 22 December 2009 | |||||||||||||||||||||||||||||||
|
Melaka: 13 Disember 2009 Muktamar Sanawi Ke15 PFSM 2009 telah diadakan pada jam 12.00 tengahari 13 Disember 2009 di Dewan Sartan, KFAK. Dalam ucapannya, Yang DiPertua telah memaklumkan pencapaian PFSM sepanjang tahun 2008-2009 dan juga berkongsi cabaran-cabaran baru bagi tahun 2010. Antara program 2010 yang telah dikenalpasti ialah sambutan Jubli Perak PFSM. Pihak PFSM juga telah diberi pengiktirafan oleh JAKIM untuk membuat kajian dan menyediakan panduan solat semasa dalam penerbangan. Beliau membuat saranan supaya setiap ahli PFSM dapat menampilkan diri untuk menghulurkan sebarang bentuk kerjasama dan sokongan mengikut keupayaan dan bidang kepakaran masing-masing.
Antara agenda utama Muktamar kali ini ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja bagi sesi 2009 - 2011. Pemilihan kali ini memperlihatkan beberapa muka baru dari golongan muda yang telah dipilih menganggotai barisan kepimpinan disamping mengekalkan tokoh-tokoh lama yang berpengalaman. Senarai penuh barisan kepimpinan EXCO PFSM bagi sesi 2009 - 2011 adalah seperti berikut:
Di samping itu, dua (2) usul dan satu (1) cadangan telah dikemukakan dan dibincangkan semasa Muktamar terbabit. Cadangan bernas yang diutarakan oleh Tuan Hj Mohd Noor bin Mohd Yusoff, Naib Yang DiPertua, ialah supaya PFSM mewujudkan Wakalah Negeri bagi membantu Jawatankuasa Kerja mengadakan aktiviti diperingkat Negeri. Cadangan ini selari dengan hasrat ahli-ahli yang meminta supaya PFSM mengambil inisiatif untuk menganjurkan program dilokasi-lokasi selain daripada Lembah Klang. Usul mengenai penukaran sesi persekolahan daripada Januari - November kepada Jun-Julai dan Usul pembinaan tandas supaya tidak menghadap kea rah qiblat juga mendapat respon positif daripada para ahli semasa perbahasan usul. Di ucapan penutupnya, Yang DiPertua sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli, juga pihak-pihak berkuasa jabatan serta individu-individu yang telah menjayakan Kursus dan Muktamar. Beliau menaruh harapan bahawa barisan kepimpinan yang baru dilantik akan terus berusaha dan komited demi memajukan lagi PFSM. Muktamar diakhiri dengan sesi penggambaran beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.
Laporan disediakan oleh: Wan Haziq Naim Wan Johan |
|||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
| Latest News |
|---|
|
|
|
||||||||||||||
|
| Replica Astrolabe |
|---|
|
| Archive |
|---|
| Your location |
|---|