Persatuan dalam prosess untuk menyediakan bahan ilmu falak syar'i untuk ahli dan peminat ilmu falak. Kami telah menerbitkan beberapa penerbitan buku dan perisian komputer saperti berikut:
KOLEKSI KERTAS KERJA SEMINAR PFSM (1406H/1986M – 1425H/2004M)
Himpunan koleksi kertas-kertas kerja yang dibentang di seminar-seminar Persatuan Falak Syar’i Malaysia dari tahun 1986 hingga 2004.
CD FALAK SUITE versi 1.0 2007
(Dr. Azhari bin Mohamed & Wan Kamel bin Wan Hussain)
· eQLIM (electronic Qiblat Lintasan Matahari)
· eMh@Zenith (electronic Matahari at Zenith)
· eSURIA (electronic Sun Reduction Interactive Application)
· ePINTAR (electronic Package Interactive TARikh)
· eRUKYAH (electronic RUKYAH)
· eABM2020 (electronic Almanak Bulan dan Matahari 2020)
Telah sampai kita semua ke penghujung bulan Ramadan yang mulia. Semoga kita telah dapat mengusahakan ibadah yang sebaik mungkin untuk mendapatkan tingkatan Taqwa disisi Allah swt.
Ramai dikalangan kita sedang menunggu pengumuman rasmi bila jatuhnya 1hb Syawal 1431H. Saperti biasa rukyat akan dibuat di 29 tempat rasmi diseluruh negara untuk cerapan hilal bulan Syawal. Ini akan dilakukan pada petang Rabu 8hb September bersamaan 29hb Ramadan.
Perkiraan untuk Tanjung Cincin di Pulau Langkawi, tempat yang paling Barat kawasan Malaysia ialah saperti berikut:
Ijtimak ( Conjunction) Bulan dengan Suria adalah pada 18:30 petang.
Posiisi Bulan mengikut kiraan tidak memenuhi kriteria Imkannurukyat ( kemungkinan di rukyat hilal).
Maka bulan Ramadan akan digenapkan kepada 30 hari dan insha Allah 1hb Syawal akan bermula pada 10hb September hari Jumaat.
Yang Di Petua Persatuan Falak Syar'i Malaysiadan seluruh AJK Persatuan ingin mengucapkan selamat menyambut Eid Ul Fitr, Minnal Aideen walFaizeen kepada semua Ahli Persatuan dan peminat Falak diseluruh Dunia.
Bagi mereka yang berminat boleh buat cerapan_bulan_sabit_tua Bulan Sabit tua Ramadhan 1431 pada pagi 8 Sept. 2010.
Baharrudin Zainal