|
Written by Syed Kamarulzaman
|
|
Thursday, 28 January 2010 |
|
Pada 28 Januari 2010 planet Marikh akan berada hampir dengan Bumi. Marikh planet yang berjiran dengan Bumi
merupakan planet yang keempat dari Matahari.
Planet ini dikenali juga sebagai planet merah kerana permukaannya berwarna
merah. Planet ini terbit di ufuk
timur pada 7.31 malam dan selepas jam 9.00 malam adalah sesuai
untuk dilihat kerana ia berada pada altitud lebih dari 20 darjah dari ufuk.
Planet ini kelihatan seperti satu
bintang yang terang berwarna kemerahan.
Ia merupakan objek di langit cerah pada bulan ini. Kecerahannya hampir
menyamai bintang Sirius iaitu bintang yang paling cerah.
Planet ini berada hampir dengan Bumi ketika istiqbal. Istiqbal Marikh ialah kedudukan Marikh dan Bumi berada dalam
keadaan bertentangan dengan Matahari dalam sebaris. Bumi terletak di tengah antara Marikh dan
Matahari. Ketika Istiqbal Marikh akan
kelihatan lebih cerah dan lebih besar. Tempoh Marikh mengorbit Matahari ialah
687 hari manakala Bumi ialah 365 hari.
Ini bermakna Bumi mengorbit dua kali lebih sedikit menyamai satu kali Marikh mengorbit Matahari. Oleh itu Bumi dan Marikh dalam tempoh dua tahun dua
bulan atau 780 hari akan berada hampir. Istiqbal yang pernah berlaku sebelum
ini ialah pada tahun 2003, 2005 dan 2007. Tahun 2003 adalah jarak Marikh paling
hampir dengan Bumi pada jarak 56 juta kilometer.
Istiqbal kali ini Marikh berada pada jarak 99 juta kilometer dari Bumi,
jarak kali ini lebih besar dari tahun 2003. Istiqbal ini akan berlaku pada 18:54 (UT), 29 Januari 2010 atau waktu tempatan 02:54 , 30 Januari 2010.
Oleh kerana orbit Marikh ini mempunyai nilai eliptik yang tinggi secara relatif
menyebabkan tarikh Istiqbal tidak sama dengan tarikh ia paling hampir dengan
Bumi. Marikh paling hampir dengan Bumi ialah pada 3:48 (UT) 28 Januari 2010
atau waktu tempatan 11:48, 28 Januari
2010. Istiqbal yang akan datang akan berlaku pada 3 Mac 2012.
Pada 28 Januari, jam 10 malam planet Marikh boleh dilihat tinggi di langit
timur dalam buruj Cancer dan tidak jauh dari Bulan yang hampir purnama. Ia
kelihatan sangat terang seperti bintang berwarna kemerahan. Dengan menggunakan
teleskop bersaiz kecil atau sederhana kita boleh melihat permukaannya.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi akan melakukan cerapan pada 28 Januari 2010
bermula jam 9 malam hingga 11 malam. Cerapan ini terbuka kepada orang ramai.
Teleskop akan disediakan untuk cerapan pada malam tersebut.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 23 February 2010 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 13 January 2010 |
|
Insha Allah Persatuan akan mengadakan satu cerapan Gerhana Suria di KUIS, Selangor mulai jam 3petang.
Cerapan ini didahului dengan satu ceramah oleh YDP Persatua, Tuan Syed Kamarulzaman, pada jam 11:30pagi ditempat yang sama. Aktiviti ini adalah sempena ProgramCampus Life Arena 2009/2010 pelajar KUIS. Tempatnya ialah saperti berikut:
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra,
43500 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Maklumat Gerhana annulus ini adalah saperti berikut:
Gerhana ini berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan
Matahari dalam satu garisan. Disebabkan saiz ketara Bulan kecil sedikit
berbanding Matahari menyebabkan sebahagian kecil permukaan Matahari akan
kelihatan di sekeliling cakera Bulan seperti satu gelang cahaya yang terang.
Gerhana ini berlaku pada 15 Januari, laluan gerhana ini bermula dari Uganda
menuju ke Nairobi kemudian memasukki lautan Hindi kemudian Maldives, selatan
India, Sri Lanka dan berakhir di sempadan Mynmar-China. Gerhana ini turut dapat
dilihat di Malaysia tetapi dengan fasa gerhana separa, sebahagian
permukaan Matahari akan kelihatan gelap sehingga 38% kerana ditutupi Bulan.
Di Kuala Lumpur gerhana ini bermula pada jam 3.01 petang apabila Bulan mula
menyentuh cakera Matahari. Fasa maksimum pada jam 4.26 petang dengan 28.5%
permukaan Matahari ditutupi Bulan. Gerhana berakhir apabila sentuhan terakhir
Bulan pada 5.37 petang dan setelah itu Matahari kembali seperti biasa.
Bagi mereka di Alor Setar dapat melihat bahagian Matahari yang ditutupi Bulan
sehingga 38%.
Maklumat lanjut mengenai parameter gerhana ini di tempat anda boleh didapati di laman web berikut:
- Untuk peta sehingga paras jalan di Malaysia, anda boleh mendapati maklumat itu daripada laman NASA yang menyediakannya dalam Google Maps.
- Anda juga boleh mendapatkan maklumat yang sama dengan menggunakan Google Earth.
Amaran! melihat gerhana Matahari secara terus dengan mata
kasar boleh menyebabkan kerosakan pada mata. Jangan melihat gerhana tersebut
tanpa menggunakan penapis Matahari yang selamat.
|
|
Last Updated ( Tuesday, 23 February 2010 )
|
|
|