|
Etnomatematik
ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu berkembang.
Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan atau
memikirkan
matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya
berhubungan antara satu sama lain
dengan menggunakan komunikasi biasa.
Manakala
Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu sebagai matematik
tinggalan
tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan
dibaca dalam bahasa Melayu dan
mengikut nilai Melayu. Untuk menjelaskan pula
tafsiran matematik Melayu pula, kupasan oleh Shaharir (2001) lebih menyeluruh,
iaitu;
Matematik yang mengikut persepsi rumpun Melayu, termasuklah matematik yang diubahsuai
kegunaan, konsep dan teorinya mengikut budaya Melayu yang luas, termasuk cara
hidup, nilai,
kepercayaan, ideologi, agama dan sebagainya ...
Justeru, terdapat banyak khazanah ilmu Melayu yang perlu diterokai dan
dipersembahkan
kepada khalayak. Sehubungan dengan itu Kumpulan Penyelidikan
Etnomatematik Rumpun Melayu
(KuPELEMA) yang bernaung di bawah Institut
Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM
dengan kerjasama ASASI akan meneruskan
Seminar Etnomatematik Rumpun Melayu Siri 3/2009,
sebagaimana berikut;
Masa : 8:30 pagi-5:00 petang
Tarikh : 18 November 2009
Tempat : Bilik Mesyuarat Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UPM
Sasaran : Mahasiswa, Tutor, Pensyarah, Penyelidik dan mereka yang berminat
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Untuk mereka yang berminat, pendaftaran boleh
dilakukan menerusi borang dalam
laman sesawang
http://www.kesturi.net/archives/1068.
Sebarang pertanyaan mengenai seminar ini
bolehlah menghubung
i Pn. Nur Sumirah Mohd Dom di talian 03-8946 8459 atau
melalui
email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
atau Baharrudin Zainal
(
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, tel 013-9802588).
Tiada yuran penyertaan dikenakan.
Sila baca lagi...
|