|
Written by Syed Kamarulzaman
|
|
Wednesday, 24 June 2009 |
|
DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, MELAKA 11 - 12 JULAI 2009 (HARI SABTU DAN AHAD) Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan MuftiNegeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) akanmenganjurkan Kursus Pendidikan Falak dansesi Latihan Cerapan Gerhana Suria pada 11 - 12 Julai 2009/18-19 Rejab1430H (hari Sabtu dan Ahad) bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg.Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Butiran terperincimengenai kursus adalah seperti di nyatakan dibawah ini: Sdr/sdriselaku Ahli Persatuan Falak Syar'i Malaysia , terutmanya mereka yang baru menjadi ahli dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini dan Ahli Kelab Kembara Angkasa PFSM adalah dijemput hadir. Mereka yang akan mengikuti Expidisi Gerhana ke Cina digalakkan hadir untuk persediaan ke Cina. Sila sahkan kehadiran sdr/sdri dan nyatakankeperluan tempat penginapan dan makanan kepada, ,Yuran sebanyak RM 10.00 akan dikenakan. | Dr. (H) Hj. Kassim | Setiausaha PFSM | 013-398 7455 |
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
| |
|
Last Updated ( Friday, 26 June 2009 )
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Wan Haziq Naim
|
|
Wednesday, 17 June 2009 |
|
Persatuan FalakSyar’i Malaysia (PFSM) telah sekali lagi menyertai pameran yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM)sempena sambutan Hari Muzium Sedunia. Ini merupakan kali kedua PFSM menyertaiprogram sebegini. Yang menariknya, pada kali ini PFSM telah diberi peluanguntuk membuka dua buah gerai pameran iaitu gerai Kelab Kembara Angkasa dan PFSMsendiri. Lebih membanggakanlagi, PFSM telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu slot pendidikanilmu falak secara terbuka untuk mendedahkan ilmu falak kepada para pengunjung,khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah. Slot ilmuan yang julung kali diadakanoleh PFSM ialah kaedah membuat peralatan “Rubu’ Mujayyab” dan kaedahmengaplikasikannya untuk mengukur ketinggian salah satu tiang yang terdapat diMKIM. Sudut ilmu ini telah mendapatsambutan yang sangat menggalakkan dan dikendalikan sendiri oleh Tuan SyedKamarulzaman bin Syed Kabeer, YDP PFSM, dan dibantu oleh Tuan Haji Mohd Noorbin Mohd Yusof, Naib YDP PFSM. Satu produkpameran baru yang dihasilkan oleh PFSM dan pertama kalinya dipamerkan ialahreplika Jam Suria (sundial). Ianyamerupakan salah satu artifak astronomi Islam yang kurang didedahkan kepadaumum. Selain daripada itu, gerai pameranPFSM yang sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan pengunjung ialahperkhidmatan mencetak tarikh lahir dari Masihi ke Hijri dengan menggunakanaplikasi ‘MyKad’. Antara pengunjung VIPkali ini ialah Tuan Haji Mohammed Yusof bin Abu Bakar, seorang pakar senipenulisan khat terkemuka tanah air. Dalam kesibukanmengendalikan beberapa program PFSM sekali lagi telah dapat meluangkan masauntuk bertemu dengan masyarakat untuk menyebar luas ilmu falak ini. Inimenunjukkan betapa PFSM serius dalam usaha mendidik dan memasyarakatkan ilmuini. Di samping itu, PFSM sangat menghargai jasa Exco dan ahli yang telahberkesempatan dalam menjayakan program ini walaupun ianya diadakan pada haribekerja (Isnin). Disediakan oleh Wan Haziq Naim bin WanJohan |
|
Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 )
|
|
|